Sertailah yang terkenal
PERMAINAN STRATEGI PAKAR
PERMAINAN STRATEGI PAKAR
Anda sentiasa mengetuai perubahan. Anda adalah mata tombak atau asakan yang berjaya menjatuhkan dinding yang pertama. Peperangan membawa nama anda dan musuh gerun mendengar nama anda. Tidak lama lagi anda akan mengetuai tentera yang besar dan merampas tanah-tanah pendudukan tanpa belas kasihan. Tetapi jangan tersilap langkah - jalan ini bukannya mudah. Jika anda tidak dapat bertahan dalam persaingan, ini bukan untuk anda. Tetapi sekiranya anda sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan ganjaran dan kemenangan - sertai kami. Jadilah si penukul.
Kekalkan kedudukan anda. Lancarkan serangan demi serangan sehingga mereka penat dan terdesak. Jangan buang masa anda dengan perlawanan yang kecil-kecil. Tumpukan pada jangka masa panjang. Tidak lama lagi, saiz dinding anda akan memusnahkan apa-apa harapan untuk ditawan dan kampung kecil musuh anda akan hidup di bawah bayangan kubu anda. Susunan strategi anda tidak akan sia-sia. Bergabunglah, bentuklah kuasa yang teragung dan tamatkan peperangan ini mengikut cara anda.
Tanpa ketua, empayar tidak akan wujud. Jadilah tumpuan perikatan anda dan bawa perikatan anda ke arah kemenangan yang terbesar. Dengan kepakaran diplomatik anda, anda boleh mendapatkan penyelesaian yang tidak didapati oleh orang lain. Aturkan triti yang menjadikan domain anda tidak boleh disentuh. Fikirkan strategi yang licik, laga-lagakan musuh-musuh anda dan ambil semua tindakan yang boleh sehingga seluruh dunia mengikuti kehendak anda. Mainkan rentak peperangan mengikut suka anda.